Rabu, 27 Agustus 2008

SHALAT TARAWIH

Hukum Sholat Tarawih:

Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam laki-laki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan secara berseorangan atau berjamaah.
- Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sholat orang-orang Islam.
-
Waktu Sholat Tarawih:
- Waktu sholat Tarawih ini ialah selepas menunaikan sholat Fardhu Isya’.


Rakaat Sholat Tarawih:

- Pada umumnya masyarakat Islam di Indonesia mendirikan sholat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat saja.

- Pada zaman Rasulullah s.a.w. sholat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

- Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat karena beliau berpendapat bahwa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan menunaikan sholat sebanyak itu.

Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Kelebihan Sholat Sunah Tarawih:
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilah (kelebihan) sholat sunat tarawih pada bulan Ramadan:


Malam 1 keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam 2 diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sholat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sholat terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Malam 4 memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.


Malam 5 Allah karuniakan baginya pahala seperti orang yang sholat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 Allah karuniakan pahala kepadanya, pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sholat terawih pada malam ini.


Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh besarnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 Allah mengkaruniakan pahala orang sholat terawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam 9 Allah karuniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad Saw.


Malam 10 Allah Swt. mengkaruniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia sholat terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 Allah Swt. menjamin baginya agar ia terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 Allah karuniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam 18 Malaikat berkata: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapak engkau (yang masih hidup atau mati).


Malam 19 Allah Swt. tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 Allah karuniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 Allah mendirikankan sebuah istana dalam Syurga yang terbuat dari Nur.


Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).


Malam 23 Allah Swt. memberikan kepadanya sebuah tempat di dalam Syurga yang terbuat dari Nur.


Malam 24 Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang sholat terawih malam ini, (lebih baik berdoa ketika dalam sujud).


Malam 25 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.


Malam 26 Allah karuniakan kepada orang yang sholat tarawih pahala pada malam ini seperti 40 tahun beribadah.


Malam 27 Allah karuniakan kepada orang yang sholat tarawih pada malam ini kecepatan melintasi titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 Allah Swt. karuniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.


Malam 29 Allah Swt. karuniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 Allah Swt. beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: "makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad Saw. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

0 komentar: